congratulation eryn

Tahniah Eryn....

Terima kasih banyak2 kerana setia mengikuti blog aku ni dan selalu meninggalkan komen dan jugak jejak kaki ko kat blog aku nih =)
Tengokla ha... Eryn menduduki tempat yang pertama. Jenuh gak la yang lain2 tu nak kalahkan. Mula2 tu banyak saingan dr blogger2 yang lain. Tp semuanya tak leh nak kalahkan ko Eryn...

Apa lagi jangan lupa bg alamat ko aku nak poskan adiah kalender 2010 yang telah aku janjikan. Berapa lama nak sampai Msia aku tak pasti. Nanti aku tanya mamat atau minah yang kerja kat pejabat pos tu. Harap2 ko sudilah terima pemberian aku yang ciput ni. Kalau tak suka pos balik kat aku. Hahahahahahhaha... Gurau jer. Kalau tak suka ko kene suka jugak.

moist chocolate cake

Dari hari raya puasa aritu aku kata nak wat moist chocolate cake ni tp last2 tak terbuat jugak. Postpone punya postpone masa raya haji aritu aku berjaya jugak membuat kek coklat yang da lama aku idam2 kan.

Da banyak resepi kek coklat aku cuba. Setiap kali wat ada jer aku tak puas ati bab tak cukup moist. Tp resepi kali ni mmg menjadi sepertimana yang aku nak. Resepi ni aku dapat dr blog
Hana's Family. Banyak lagi resepi2 yang menarik kat situ.



Mengikut seorang kenalan yang aku kenal kat italy ni, dia kata petua untuk moist chocolate kek ni lebih sedap,biarkan selama 2 atau 3 hari. Pastu baru makan. Kek aku wat tak sempat nak simpan 2 hari, kek ni panas2 baru keluar dr oven aku bawak pi umah my mum in law. Kejap je da tinggal separuh.


Kek ni boleh dibakar dan juga kukus. Kali ni aku bakar. Next time aku nak wat kukus la plak =)



Resepi Moist Chocolate Cake


Bahan-bahan

  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
  • Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • ** Topping **
  • 1/2 cawan koko
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak


Cara-cara

  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk.

posted under , | 13 Comments

daun gugur buah masak

Pagi semalam masa jalan2 pas breakfast kat area tasik dekat ngan umah kitorang, tiba2 aku suh Mirko berhenti jap aku nak tangkap gambar. Mana taknya naik juling aku nengok pokok yang penuh ngan buah pisang kaki ni wei....

Gambar tak berapa nak clear bab kamera aku kurang canggih. =) Da tu tangkap dari jauh lak tu. Kat dalam kawasan rumah tu ada la dalam 6 hingga 8 batang pokok pisang kaki ni. Semuanya penuh ngan buah yang da masak ranum.

Buah pisang kaki ni pelik skit tau. Bila daun dia sume abis gugur baru la buah ni masak ranum. Selagi daun tak gugur, pokok tak gondol, buah ni masih belum boleh dipetik.


Aku lak masa kat Msia dulu tak berapa nak gemar makan buah ni. Sejak dok sini baru mula suka makan bab Mirko selalu beli buah ni bab dia suka makan.

Korang pun mesti geram kan tgk buah yang lebat ni. Aku geram wei.. rasa nak pi panjat je pagar rumah org tu. Hahahahahhah

posted under | 14 Comments

ouch charlie its hurt

Jenuh aku tahan gelak tgk video ni. Aku bg Mirko tgk video ni dia pun gelak. Sabo jer la... Kiut la budak2 ni. =)


posted under | 5 Comments

raya korban

Kat M'sia skang ni mesti tgh sibuk2 nak raya skang ni kan? Aku lak kat sini tak perasan pun yang raya korban da dekat. Apa2 pun selamat bercuti, selamat hari raya dan selamat berkorban kepada semua pembaca2 blog ThE sToRy oF mE.


p/s: aku pun ada sekor lembu kat sini ni. =)

posted under | 13 Comments

masuk panggung






Kat Malaysia ada tak kuar citer ni??? Sabtu lepas pi tgk citer 'Planet 51' ni kat wayang. Orang punya la ramai. Tak pernah2 kene beratur beli tiket panjang camni. Ni gara2 org sume nak tgk citer '2012' dan 'New Moon.' Aku lak nak pi tengok citer kartun tu.


Best jugak citer 'Planet 51' ni. Lawak. Certain2 part mmg gelak giller. Certain2 part lak cam slow skit. Actually ni first time aku masuk panggung tgk citer kartun. Mirko tak minat tgk citer cenggini. Jangan harap la dia nak temankan aku. Last week paksa punya paksa, pastu kawan dia pun kene paksa ngan awek dia, last2 kitorang berempat pun beli tiket pas makan malam.

Masuk2 panggung tak smpi setengah jam aku dengar bunyi org berdengkur... Rupa2nya Mirko da tdo la wei... Hampeh tol. Dalam panggung org gelak2 dia leh tdo la plak. Dia mmg tak minat nengok citer cenggini. Kene paksa ngan aku punya pasal tu yg dia mengalah. Tp dia mmg da kata da dia akan masuk panggung untuk tdo =(

Sapa yang da tgk citer ni. Best ke tak? Nampak cam best, tp jgn harap la dpt tgk kat wayang. Ada gak Mirko tdo lagi.

posted under | 18 Comments

cerita pasal nuffnang

Firstly nak ucapkan terima kasih pada semua pembaca

Tak kira la silent reader atau pembaca yang setia mengomen kat sini. Terima kasih juga pada semua nuffnanger yang rajin dtg klik2 kat sini. Memandangkan kat tempat keje aku leh online kejap jer, selalunya aku akan bertandang blog korang waktu pagi tp time tu sume nuffnang masih tdo. Tp aku akan bertandang semula blog korang untuk klik2 di malam hari. Bab tu bila malam aku selalu tinggalkan komen jalan2 tengah malam =)

Nampak gayanya dalam carta 'Blogger of The Month' tu Eryn telah mendahului carta dengan megahnya. Ada ke sapa2 nak saing Eryn ni. Apa2 pun kepada sesiapa yang berjaya menduduki tempat pertama dalam carta harus la capture image tu pada hujung bulan sebagai bukti dan emailkan kepada aku kat puerile_82@yahoo.com

posted under | 18 Comments

intai rumah sebelah

Jom intai rumah sebelah. Rumah my parents in law. Banyaknya kayu kayan derang....

My father in law beli stok banyak2 kayu kayan ni untuk dimasukkan dalam heater. Bekalan ni untuk sepanjang musim sejuk.

Apa lagi, rembat skit yer kayu kayan ni yer. Kami rembat dengan izin tau. =)

posted under , | 18 Comments

kenapa saya suka rumah saya

Kerana rumah aku banyak tumbuh cendawan pada tahun ni...

Skang ni musim luruh, cuaca mmg sejuk. Tp semalam cuaca agak kurang sejuk. Matahari terik memancar. Malamnya pulak penuh ngan kabus. Keesokan harinya di sekeliling pokok buah prun depan rumah kami penuh ngan cendawan. Cendawan jenis ni boleh dimakan. Cumanya kene tunggu dia besar skit lagi dalam dua tiga ari

Masalahnya aku tak berapa reti la plak nak masak cendawan ni. Actually aku tak berapa nak confident nak masak cendawan ni. Aku suh mak mertua aku yang masakkan bila cendawan ni da matang dan boleh di masak. =)


Bila pi kat kawasan parking kereta, ada lagi cendawan. Cendawan jenis lain pulak. Cendawan jenis ni pun boleh di makan.

Pelik tau cendawan ni. Tumbuh sekelip mata. Semalam takde arini ada. Tumbuh besar2 lak tu.

lembu di atas api

Cute tak lembu seramik ni??? Aku beli minggu lepas. Ada macam2 bentuk lain tp aku tertarik dengan lembu ni yang seolah2 tengah beristirehat. =)

Seramik ni dibuat khas untuk diletakkan di atas heater. Letakkan air di dalam seramik ni. Tujuannya adalah untuk mengawal suhu bilik sekiranya suhu terlampau panas. Bila suhu bilik terlampau panas air dalam seramik ni akan berkurangan. Lebih kurang cam tu la. Nak explain lebih2 aku pun tak reti. Tp yang pasti kene make sure air dalam seramik lembu ni tak kering.


posted under | 18 Comments

daun emas berguguran

Ni pokok ceri depan rumah yang daunnya semakin kuning dan banyak daun dah gugur. Tak lama lagi tinggal dahan jer la... Kalau la betul2 daun ni daun emas mmg da lama aku kaya. Hahahahaha








Photo credit to Mirko =)

seafood dinner @ Sheraton

Dinner bersama TPM makan seafood. Maklumla nak makan daging atau ayam kat sini bukan senang nak cari hotel yang halal. Atau lebih tepat lagi mmg tak de langsung hotel yang ada makanan halal. Oleh yang demikian menu semuanya seafood.

Pembuka mulut atau bak kata orang italy 'antipasto'. Hirisan ikan salmon dengan salad udang bersama sos yang lebih kurang macam thousand island. Sedap... udang tu macam separuh mentah tp sedap weh....

Pastu kita ada pasta ngan tuna dan vongole. Vongole tu kerang orang italy. Sedap sungguh...

Ada lagi... Ikan apa ntah ni aku pun kurang pasti dengan sayur2 bakar. Time ni aku da tak larat da nak makan. Separuh je aku mampu abiskan

Pencuci mulut harus ada... Mousse coklat. Sungguh sedap. Tp agak manis.

Kesimpulannya makanan malam tu semua sedap2 belaka =)

sepetang bersama TPM

Hari Selasa aritu kami menghadiri jamuan makan malam bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Jom tgk gambar sepanjang2 majlis.

Majlis malam malam diadakan di Sheraton Hotel Roma


Dewan makan yang sungguh cantik

Lebih kurang kul 8 malam tibanya Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kat belakang tu Duta Besar kat sini

Aku duduk meja paling depan sekali. Betul2 bertentangan ngan meja TPM. Kat belakang tempat duduk aku terletaknya kamera. Oleh yang demikian aku tgk berita TV1 semalam hanya nampak kepala aku jer. Hampeh!!!!

Sessi soal jawab antara rakyat Malaysia yang menetap kat sini dengan TPM. Ramai yang tanya kat aku napa tak tanya soalan kat TPM. Sebenarnya aku malas la nak interframe. Hahahahahah


Aku tak sempat nak bergambar ngan TPM. Ramai sgt yang nak bergambar ngan TPM. So aku posing syok sendiri je la kan. Ni antara malaysian yang stay kat Italy. Diorang sume pun kahwin ngan Italian jugak. =)

Dengan adanya jamuan dan jemputan cenggini barula aku sedar ramai rupanya Malaysian yang kawen ngan Italian. Tp sumenye perempuan Malaysia yang kawen ngan mamat italy. Setakat ni tak jumpa lagi mamat Malaysia yang kawen ngan minah Italy. Nape yek???


p/s: entry seterusnya aku akan tayangkan menu kitorang pada malam itu. =)

posted under , | 12 Comments

dinner invitation


Semalam Selasa 17/11/2009 kami menghadiri jemputan makan malam bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pertanian dan Asas Tani Malaysia di Hotel Sheraton Rome.

Cerita dan gambar2 aku akan update pada entry seterusnya bab aku tengah pening ni. =) So tak leh nak merepek banyak2

bagai cendawan tumbuh

Betul la kata pepatah, bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Sekali tumbuh bukan main banyak lagi. Ingt tak aku citer pasal cendawan di sebalik batang pokok 2 minggu lepas. Memandangkan skang ni asyik hujan jer, sedar tak sedar cendawan liar yang tumbuh di sebalik tunggul pokok depan rumah aku tu semakin ganas membiak. Jom kita tengok perbezaannya

2 minggu lepas
Cendawan tak banyak pun, Agaknya masih baru nak tumbuh.



Semalam
Sekeliling tunggul kayu ni penuh ngan cendawan liar ni.


Awat la tak tumbuh cendawan yang boleh dimakan. Leh la wat mushroom soup hari2. Heheheheh. Cendawan free la katakan =)

nak cari kayu... bahagian kedua

Jom tengak kat belakang rumah... Actually kat bahagian tepi rumah berdekatan ngan pintu dapur.

Tempat kami susun kayu2 api untuk bekalan musim sejuk ni. Cukup ke tak sepanjang musim sejuk ni kitorang pun kurang pasti. Tp menurut bapak mertua aku yang sememangnya expert dalam bidang ni kata cukup bekalan kayu2 ni.


Harusla ditutup ngan plastik kang basah kene hujan tak menyala la plak api kan. =)

Kayu2 kat sini boleh didapati dengan harga yang murah sekali. Berapa Euro tu aku tak pasti bab bukan aku yang beli. =)

Amek skit kayu2 nak di bawak masuk ke dalam rumah. =)


posted under | 14 Comments
Newer Posts Older Posts Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥




Blogger of The Month