ramadan


Sama ada esok atau lusa kita da nak mula berpuasa. Di sini aku nk ucapkan selamat berpuasa kepada sume teman2 dan jugak bloggers sekalian. So kepada sesiapa yang nak berdiet tu sempena ramahan ni marilah kita sama2 berdiet. Tp bila bukak pose jgn lak melantak lebih2. So baik tak payah nak diet. Dalam islam pun tak suh kita melantak bebanyak di waktu berbuka. Kang tak pi terawih plak kang. Lebih2 lak aku ni. Anyway, selamat menyambut bulan ramadan semoga segala amalan kita diberkati Allah. Amin....

posted under | 10 Comments

minggu award

Minggu ni mmg minggu award la rasanya. Betubi2 dapat award sana sini. Pagi tadi singgah kat blog Kak Mieza, tgk2 dapat lg satu award. New friend award. Thanks a lot kak Mieza. Sudi jugak akak nk kawan ngan saya yek. Heheheheheheheh




Aku nak bg award ni kat bloggers yang baru kenal melalui dunia blogging ni. Memandangkan baru je beberapa bulan menjinak2kan diri ngan dunia blogging ni so masih tak banyak lg kawan2 baru. Kebanyakkan readers aku sume kawan2 lama yang telah terpisah sejak zaman persekolahan. Bagus gak blogging ni at least dapat jumpa balik kawan2 lama dan update ngan hal hal terkini diorang. So kepada sesapa nak berkawan ngan saya amatla di alu2kan. Tp ingat saya ni garang orangnya. Muahahahahahahha. Garang ke? Anyone describe me please....


Oklah, award ni saya nk bg kepada

--> Kak Jie
--> Eedany
--> Sueginola
--> Axim


Hope u guys can support me and thanks for being my new friends!!!

posted under , | 3 Comments

promote diri

Hahahahahahaha... Boleh tak kalau aku nk promote diri sendiri. Jangan mare yer. Sila layan video ini. Forward ke minit yang ke5

http://www.tg2.rai.it/rubriche.asp?id_p=1551&page=5&id_r_cerca=2&t_cerca=&d_cerca=


Program ni da lama da cuma lupa jer nak bgtau korang. Lama tak lama sangatla.. Bulan 4 aritu on air. Dapat sms dr member td pastu baru teringat pasal program ni.

Program ni ingin tahu bagaimana aku belajar bahasa italy dan serba sedikit budaya negara kita. Interview bukan main lama lg last2 kuar tak smpi pun 5 min. Tp bagus jugak bab aku cakap banyak tergagap2. Muahahhahahahaha

posted under , | 7 Comments

ada lagi

Wah... ada lg bloggers bagi award kat aku. Syoknya. Mari kita meriahkan blog ngan award2 yang kita terima. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.


Award ni aku terima dr Lily Suhana. Dua award lg tu ha. Thanks!!!





Manakala award ni plak diberi oleh Kak Mieza. Award MESRA.....!!!!!! Siap wat gaya ngan suara ala2 Bob AF sepertimana yang akak suruh. Hahahahahaha. Suka la award ni bab saya mmg mesra alam pun. heheheheheheh



Thanks again to both of you... So dengan secara rasminya aku pun nak anugerahkan award2 ni kepada sesapa yang rajin menyinggah blog aku. Terima kasih atas sokongan anda selama ini. Kepada sesapa yang baca entry ini jgn segan silu ambil anugerah ini yek. Sila meriahkan blog anda. Hurray!!!!!!

posted under , , | 8 Comments

grazie

Grazie @ thanks to Som yang telah menganugerahkan award yang gilang gemilang ini. muahahahahahaha. Yela kan kita ni baru je nak menjinakkan diri ngan dunia blog, ni first time lak dapat award so rasa semangat plak nk mengupdate blog selalu.

Rules of this award are :

1. Put the logo on your blog.

2. Add a link to the person who awarded you.

3. Nominate at least 7 other blogs.

4. Add links to those blogs on yours.

5. Leave a message for your nominees on their blogs.


Love to sharing this award with...

--> Farah Faizul

--> Shahurin Hilma

--> Nurzatul Syima

--> Nurul Fariha

--> Lily Suhana

--> Ayu Ramsah ( nama penuh tak ingt)

Apa lagi kengkawan. Sila letak anugerah ni kat blog masing2 ok.

p/s: aku mmg suka letak nama penuh korang. hahahahaha. Nasib la....

makan pizza

Nak citer kisah ari Sabtu kitorang gi makan kat luar. Apa lg kalau bukan pizza yang kami order. Yela nk masak pizza kat rumah mana reti. So bila kuar makan kita order la pizza yer. 'Pizza Margherita'. Tp setiap kali order pizza mmg konfirm aku tak akan habis makan bab terlalu besar pizzanya.









Kan aku da kata aku tak mampu nk habiskan. Kat msia mesti tak de pizza besar gedabak camni kan. Pizza Hut pun saiznya kecik tp tebal. Kalau makan banyak2 mesti muak. Tp rindu nak makan sup mushroom kat pizza hut.

dormi dormi

Suka sangat lagu ni. Sila layan yer kengkawan... Dormi Dormi maksudnya tidur tidur

Sebabkan aku suka lagu ni, Mirko selalu mainkan gitar lagu ni kat aku. Sukanyer...




posted under , | 9 Comments

popcorn lagi

Mari kita tgk camana mesin popcorn ni berfungsi. Senang kan.... Boleh buat popcorn bila2 masa sahaja....


posted under | 6 Comments

cari hadiah

Semalam kami pergi ke shopping complex yang baru saja dibuka di sini. Jalan2 nak cari adiah bab 24hb ni besday Noemi @ adik ipar aku. Shopping complex yang baru dibuka tu merupakan shopping complex terbesar di Eropah. Mak aih!! Dasyat... Kat italy ni mmg cam ni. Shopping complex cuma 2 tingkat je, tp sume besar2 kekadang tak larat nak jalan. Hehehehehe. Tak mcm kat msia tinggi2 contohnya KLCC 4tingkat, Time Square 10 tingkat.

Shopping complex yang baru bukak ni best la jugak. 3 tingkat dan struktur dalamannya sangat cantik. Terasa cam berada kat Msia plak. Yela sebelum ni shopping complex kat sini sumenyer buruk2. Ops!! Maaf yer terkutuk plak.

Jom kita layan gambar2 kat dalam shopping complex ni. Struktur dalamannya bertemakan emas dan agak luxury.. Layan.....







Kat sini pun ada kedai Bata tau. Barang2 Bata kat sini cantik2. Bukan jual kasut je. Macam2 ada. Beg, baju kulit dan sebagainya... Ingatkan Bata ni jenama Msia. Tengah dok siasat Bata ni jenama negara mana yek? Ada sesapa tau Jenama Bata asal dr negara mana?




Oh... lastly kitorang singgah kedai buku, beli buku berkenaan ngan fotografi kat Noemi. Yela abang ngan adik sama jer. Dua2 fotografer. Tp minat Noemi lebih kepada menyanyi. Bab tu la dia jd penyanyi...

gelato

Lama rasanya tak ajar bahasa italy da kan. Tak pe la kalau sesapa nak tau pape just tanya kat aku then aku jawabla pertanyaan korang tu... Malas plak nak bukak klas skang ni. Hehehehe. Jangan mare...


Ok balik pada tajuk arini... Gelato maknanya ice cream. Dinner semalam kitorang just makan ice cream je. Maklumla dalam operasi membuang lemak terutamanya di perut. Huhuhuhu. Ada sebab2 lain kenapa kitorang makan ice cream je. Malam tu nk tengok wayang. So sebelum masuk wayang aku siap beli Pringles manakala Mirko pulak beli Puff. Tu yang tak leh makan malam tu. Kalau tak masuk panggung tak leh makan pape. Huhuhuhuhu



So jom kita layan gambar2 kat kedai ice cream ni. Banyak sungguh pilihannya. Sampai tak tau mana satu nk pilih.

aduh

Aduh..... Cik Farah kata aku wajib plak jawab soklan2 tag dia ni. Okay i telah merajinkan diri untuk menjawab soklan2 cepumas ini... Sila hayati bersama2. Huahahahahahahahha


What were you doing 5 years ago?
--> 5 years ago ada ha kat UiTM Shah Alam. Baru masuk sambung study Degree in Tourism =)


What were the 5 things on your to do list today
--> Nak kene masak
--> Nak kene siram pokok kat belakang umah
--> Nak tgk Smallville =)
--> Nak kuar gi jogging
--> Nak kuar gi jalan2 pas dinner

What are 5 snacks that you enjoy?
--> Pringles (weekend aritu beli udah kene bebel ngan Mirko, makanan yang menggemukkan)
--> Popcorn caramel ( kat sini tak de. Kene balik Msia baru leh makan. waaa....)
--> Twisties ( kat sini ada gak nama jer lain Fonzies tp tak banyak perisa cam kat Msia)
--> Puff ( Kalau start makan selagi tak habis jangan harap la nak boleh berhenti.
--> M & M (sedapnya... tp lama da tak beli bab on diet)









What are 5 things that you do if you were a billionaire?
--> Mula2 skali kene bayar utang PTPTN dulu
--> Pastu joli sakan la ngan duit tu apa lagi. Beli segala benda yang teringin selama ni...
--> Melancong seluruh dunia
--> Nak beli caravan. Senang nak travelling nnt
--> Beli umah kat seluruh dunia then wat sewa. So duit masuk lagi every month. =)
--> Da cukup 5 ke? Cam banyak jer lagi nak wat ngan duit ni. Duit oh duit... bila la nak jd billionaire ni?????



What are 5 jobs you've had?
--> Receptionist kat Teluk Rubiah Resort Lumut (praktikal)
--> Majlis Perbandaran Manjung - Tourism Department (praktikal)
--> Assistant Manager kat Crytal Hotel Sitiawan
--> Enumerator Tourism Malaysia Promotion Board
--> Secretary kat APS Engineering Rome

Currently - secretary for husband. hehehehehheheheh

Who are 5 person you want to tag?
--> Cam malas je nak tag sesapa kali ni. Ada sesapa ke yang teringin nak jawab soklan2 ni. Kalau ada jawab ler jangan segan silu. =)

posted under , | 2 Comments

resepi baru


Minggu lepas gi IKEA. Everytime gi IKEA kitorang mesti beli hirisan ikan salmon kat sana bab ikan salmon kat situ sgt sedap sekali. IKEA ada jual ikan salmon?? Ada apa bila kuar dr kaunter bayaran then kat situ derang jual biskut, coklat, juga barang2 basah seperti ikan salmon.

Ada ikan salmon ni sajer la nak try resepi baru. Nak wat pasta al salmone. Senang je nak wat ni. Yela resepi aku sume senang2. Yang susah malas nak masak. Hehehehehe. Kalau korang nak wat senang je mula2 masukkan sedikit minyak zaitun then masukkan ikan salmon yang dicincang. Goreng sampai masak then masukkan cream masakan dan lastly masukkan sedikit sos cili. Siap! Sedap tapi tak leh makan selalu. Makan 2 or 3 bulan sekali je. Cream ini amat menggemukkan. Hahahahahahahah

makan makan

Mmm....semalam citer pasal jalan jalan arini kita citer pasal makan makan plak. Da lama teringin nak makan satay. Huhuhuhuhuhu. Mana nak cari satay kat sini. Nak tak nak kene la buat sendiri kan. So petang semalam pas mkn tengahari mula la dok kat dapur sediakan bahan2 nak wat satay. Sebelom ni mana penah buat sendiri. Hehehehhe. Makan je reti. Buat tak reti.

Pas da menumbuk segala bahan2 yang diperlukan, perapkan bersama ayam dan daging yang telah dipotong kecik dan masukkan ke dalam peti ais. Then Dalam kul 7 tu mula la menyucuk daging dan ayam td ke lidi satay. Buat tak banyak pun bab 2 org je kan nak makan. Pastu nak bg mak ngan bapak mertua rasa skit. Heheheheh


Pas da siap nyucuk tu apa lagi mari kita pi bakar satay. Tak sabornyer nak makan.



First time ni wat satay sendiri. Tak tau la rasa camana kan. Sedap ke tak sedap pun belasah jela... Berasap2 abis muka ngan asap tu, mata pun da berair2 da. Bukan senang nk buat satay ni makan senang la...

Yeah da siap. Jom kita makan......

Ha.... jangan tak tau siap ada nasi impit segala. Mula2 takut gak kot2 tak sedap kan. Maklumla mana penah buat sebelum ni. Kitorang pi makan kat umah my parents in law. Bab nk bg derang rasa kan. Last2 abis. Lain kali kene wat banyak skit la.

gerhana

Pada hari sabtu 16 Ogos 2008 berlakunya gerhana bulan disini. Malam tu bulan mengambang. Masa bulan tengah mengambang kitorang ada kat shopping complex saja pusing2 cari barang. Masa kat shopping complex tu Mirko bgtau dia rasa tak sedap badan. Sakit sana sakit sini. Badan dia penuh ngan tenaga elektrik. Bila dia sentuh aku je mesti aku rasa cam kene elektrik. Dasyat sungguh la suami aku ni. Menjanakan tenaga elektrik. Huhuhuhuhuhu.


Pas balik dr shopping complex kitorang terus gi rumah my parents for dinner. Masa kat umah my parents la Mirko dapat mesej dr kawan dia kata gi tengok bulan skang bab gernana bulan sedang berlaku. Kitorang terus la kuar rumah nak tgk. Masa kitorang tgk tu bulan da terlindung lebih dari separuh. Try nak tangkap gambar tp tak nmpak sgt la. Last2 malas da nk tangkap gambar. Kitorang pun menghayatila gerhana bulan malam tu dengan menggunakan teropong2 bapak aku.


Mirko pun kata patutla dia rasa tak sedap badan. Ada sesuatu nak berlaku rupanya. Suami aku ni mmg sensitif terhadap perubahan cuaca atau yang sewaktu dengannya. Bila hari nak hujan mesti dia kata dia tak sedap badan then sejam kemudian konfirm hujan turun. Dasyatkan?

posted under , | 7 Comments

jalan - jalan

Minggu lepas kawan Mirko ajak kuar pas dinner gi jalan jalan amek angin. Maklumla skang ni musim panas. Kat sini ramai yang kuar jalan malam2 pada musim panas bab klu dok umah panas. Maklumla umah tak de aircond. Kalau pasang aircond pun guna cuma dari bulan June sampai September je. Sebab dari bulan Oktober sampai May pulak sejuk.


Balik pada citer, pas dinner lebih kurang kul 10.30 mlm kitorang kuar ler gi bandar Rome. Saja jalan2 amek angin. Macam biasa la klu musim panas ni gi mana2 pun orang mesti ramai. Kitorang nk cari parking kene pusing berkali2 baru dapat parking kete. Terpaksa parking agak jauh bab dekat2 ngan tempat yang kitorang nk gi tu sume penuh. So jalan kaki la skit sesambil hirup udara segar di malam hari.

Pas parking kete kitorang menuju ke Piazza Navona. Kalau korang datang Rome, Piazza Navona merupakan salah satu tempat pelancongan yang harus dilawati. Dekat piazza ni banyak artis2 yang lukis potret. Harga ikut jenis potret. Bila tiba musim perayaan kat Piazza Navona ni banyak gerai2 yang jual hadiah, coklat dan sebagainya. So sesapa nk datang sini bgtau je leh aku jd tourist guide. Tp pengerasnya kene ada. Heheheheheheh

Jom kita tgk kawasan Piazza Navona ni di waktu malam pada musim panas. Kalau musim sejuk tak ramai sgt org bab sume dok dalam umah bab kat luar sejuk. =)

posted under , , | 5 Comments

cuci mata

Baru nak cerita kisah pi pantai ari jumaat aritu. Tak berkesempatan nk bercerita. Weekend ni asyik sibuk je memanjang. Hari jumaat aritu pagi2 lg da bangun then kul 7 pagi kitorang bertolak la nk ke pantai. Konon2 nak bertolak kul 5 pagi tp tak jd la plak. Dr rumah kitorang nak ke pantai yang kitorang nk pergi tu lebih kurang 2 jam la jugak perjalanan. Ataupun lebih tepat lagi lebih kurang 120 km dr rumah kitorang pantai tu. Jauh gak kan.


Kitorang bertolak kul 7 pagi then sampai ke tempat destinasi lebih kurang kul 9 pagi. Sampai2 sana orang da ramai. Ish.. kul bape derang dtg ni. Nak cari parking pun susah. Tak de tempat da. Kete sume da berderet je tepi jalan.


Sampai2 je apa lg cari la tempat kosong nak letak payung. Hehehehehhe. Walaupun masih awal pagi tp org da ramai. Jenuh gak la berjalan nk cari tempat kosong.



Bila jumpa je ruang kami pun memulakan operasi memajakkan payung. Aku tak tolong pun. Aku tolong tgk jer. =) Pas da siap pasang tu aku pun mula la sessi menangkap gambar untuk tatapan korang nk cuci mata. Hahahahaha. Yela tangkap gambar siap2 pastu kita pi masuk dalam air. Jom cuci mata....





Cuci mata skit2 da ler. Malas nk tangkap gambar banyak2. Hahahahahah. Tgk la padat kan org. Tu baru waktu pagi tu. Bila da hampir tengahari lg ramai org. Dalam air penuh je manusia. Kalau kat msia rasa2nya tak ler ramai camni. Yela kat sini musim panas bukannya selalu. So bila tiba jer musim panas tambah plak cuti sume gi pantai jemurkan diri. Bukan selalu diorang dpt ke pantai.

Best la jugak kat pantai tu. Ni first time aku gi situ. Airnya bersih jernih. Aku siap bawak pelampung lg jgn tak tau. Hahahahaha. Tak reti berenang la weh. So sebagai langkah keselamatan kan pakai la pelampung. Hahahahahaha. Safety first.

Pas abis mandi aku pun cuba melelapkan mata kejap bab mlm tu tak leh nk tdo. Excited sgt kot nk g pantai. Kunci jam kul 6 pagi tp kul 5 pagi dok berjaga lg. Da penat td berendam dlm air aku pun lelapkan mata. Aku je yang tdo Mirko ngan kawan2 dia cuci mata. Hahahahahahaha. Sedar2 da hampir kul 2 ptg. Sedap gak tdo ngan tiupan angin sepoi2 bahasa. Pas je terjaga suami aku ajak balik bab kalau tunggu lama2 lg sume org pakat nk balik mau gak traffic jammed. So untuk elakkan dr terperangkap dlm jammed kitorang pun balik la awal.

Masa balik tu da nak sampi Rome kat atas langit mendung la plak. Sib baik la kitorang balik awal. Silap2 mau ujan kat pantai tu kang.



Da abis da citer.... nanti citer lg yer

posted under , , | 9 Comments
Newer Posts Older Posts Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥




Blogger of The Month