taggy maggy

Amboi2 Som... Sejak dua menjak ni rajin plak mengetag aku no... hahahahaha... tak pe ader je tag dr aku yang menanti ko... hahahahaha.... Jom layan tag ni...

1. Do you think you are HOT?
Yeah i'm hot bab dalam umah pasang heater. Hahahahaha
.

2. Upload a fav pic of you


3. Why do you like this picture?
Sebab aku tengah makan KFC. Rindunya nak makan KFC. Kat sini mana ada KFC. Huhuhuhuhu


4. When was the last time you ate pizza?
Pizza? Baru 2 ari lepas makan pizza. Malam td my parents in law ajak pi makan pizza tp aku takmau. Tak lalu la ari2 makan pizza.

5. The last song you listen to?
Tak Bisakah - Peterpan. Aku kenalkan lagu ni kat Mirko. Dia da jatuh cinta ngan lagu ni. Siap belajar hafal lirik lagi. Nak tergelak pun ada dgr dia nyanyi. Sshhhh.. jgn bgtau dia...


6. What are you doing right now besides this?
Layan dokumentari pasal perang dunia kedua kat TV. (takde citer best arr arini. Last2 pasang dokumentari je la....)


7. What name u prefer besides yours?
Aku suka jer org panggil nama aku Izan. Kalau orang panggil aku ngan nama lain jgn harap aku nak jawab.

8. People to tag
Orang yang wajib aku tag

1 - Erin
2 -
Fariha
3 -
Syima
4 -
Farah Faizul
5 - Lily

9. Who is no.1
My friend from secondary school. Sekolah Teknik Persiaran Brash...


10. No.3 is having relationship with?
Dengan chenta hati dia ler... Betoi dak syima???


11. Say something about no.5
Mum for 2 heros. Anak dia macam2 perangai. Siap tolong mak dia lipat kain. But they are so sweet.


12. How about no.4?
Kawan aku sejak dari kecik lagi. Since aku dok kat Labuan dulu. Kitorang jumpa last March selepas hampir 15 tahun tak jumpa...

13. Who is no.2
Member lama gak dr skolah rendah kat Convent Sitiawan. Suka bebenor wat lawak minah ni...


p/s: Tag dr Erin tak dpt nak wat lagi bab kamera wat hal la... Tunggu yer... Biar lambat asal selamat. Heheheheheh. Jgn mare...

posted under , | 9 Comments

here in milan

Hari Rabu pagi, sebelum bertolak pulang ke Rome, kitorang pusing2 la kejap ke Piazza Duomo. Tempat yang mesti dikunjung kalau pergi ke Milan. Kat sini la tempat paling famous untuk bershopping. Kitorang saja pusing2 jer buang masa sementara tunggu train. Sebelum ni kitorang da pernah da datang sini.



Jom kita jalan2 di Milan. Tak dapat nak upload video banyak2 bab ada prob skit. Harap maap....


posted under , | 7 Comments

the winner is

Kisah hari Selasa masa kami pi Milan. Sampai sana lebih kurang kul 2 petang. Sampai2 terus pi makan bab perut da lapar. Pas tu baru la kitorang pi cek-in kat hotel. Hotel kitorang dekat jer ngan stesen keretapi. Tp kawasan tu agak merbahaya pada waktu malam bab penuh ngan pendatang asing dan juga pemintak sedekah.



Selepas cek-in aku pun landing jap bab mengantuk giller. Atas keretapi tak leh tdo bab tak berapa nak selesa. Kat hotel sempat tdo dalam setengah jam je bab Mirko da kejutkan suh siap2. Upacara penyampaian hadiah bermula lebih kurang kul 6.30 petang. Dalam kul 5.30 kitorang mula berangkat ke tempat berkenaan. Upacara penyampaian hadiah ni diadakan di pusat akuarium di Milan. Cantik gak akuarium tu tp tak berapa besar. Akuarium paling besar kat italy terletak di Genova.





Untuk pengetahuan korang Mirko merupakan salah seorang pemenang dalam majlis anugerah tersebut. Terdapat 2 kategori dalam anugerah tersebut. Kategori undian paling banyak dan kategori juri professional. Mirko menang kategori juri professional. Oleh yang demikian mulai tahun depan Mirko akan mula bekerja sebagai Foto Editor di Milan selama 3 bulan percubaan. Selepas 3 bulan just wait and see apa yang akan berlaku.

Nampak gayanyer kene pindah Milan la plak aku pas ni... Bab pindah memindah ni yang tak best ni. Bukan apa nak angkut mengangkut barang. Huhuhuhuhu. Pindah umah bukan senang. Pastu taraf hidup kat Milan amatla tinggi. Payah la kan kalau suami asyik pindah randah ni. Alamatnyer mmg la kene jd fulltime housewife. Actually bulan depan baru nak start keje kat travel agency kat sini, udah dapat berita nak kene pindah plak. Buat je la pape yang mampu. Kalau rezeki tak ke mana kan???

posted under , | 13 Comments

roma - milano

Jom naik keretapi dari Rome ke Milan... Kitorang bertolak dr Roma Termini pukul 9.30 pagi dan tiba kul 2.00 petang. Sepanjang perjalanan dr Bologna ke Milan penuh dengan salji. Aku leh bayangkan betapa sejuknya di luar sana. Nasib baik la kat Milan tak de salji tp sejuk nak mampus... Jom tengok gambar je la.. Tak larat nak citer bebanyak







posted under , | 6 Comments

out of town

Attention please...., i'll not be in town for 2 days. So tunggu.... No blog update until Thursday. Memandangan kat Milan skang ni turun salji dan laporan cuaca melaporkan suhu di Milan pada 25hb November ialah -2 darjah celcius, so good preparation need to be done here. Sarung tangan, stokin tebal, scarf lilit tengkok, topi sume lengkap ok. Kalau tak ada jugak menggigil kesejukan nnt.



See u guys on Thursday...


Picture taken: Winter last year with my sister

Location: Colloseum - belakang tu colloseum tp tak nampak la plak...

posted under , , , | 5 Comments

izan's territory

Ni nak citer pasal tag dapat dr Lily minggu lepas. Mintak maaf la sume yer tag banyak yang nak kene jawab. Sampai tak terjawab da ni. Tag kali ni pasal workstation.. Jom tengok workstation aku.....

DAPUR???? Yela aku kan surirumahtangga dapur ler workstation aku.. Hahahahahahah. Ok let's be serious. Let see my territory. Kat sini la aku menghabiskan masa lapang aku berchatting, memblogging, atau bergayut ngan parents aku. Yela pakai Skype kan, kene la mengadap komp jugak.

Sebelah je ngan katil. Kalau udah bosan mengadap komputer aku landing jer terus kat katil tu. Rumah kitorang ni ala2 suram skit. Tak pasang lampu. Romantik gitu. Hahahahahha.. Actually suami aku la tak suka sgt lampu cerah2 ni. Dia kata sakit mata. Aku cakap kat dia ntah2 dia ni vampire tak? Kalau siang hari Mirko tak pernah lekang ngan cermin mata hitam dia. Dalam rumah, aku pasang lampu kat belakang komputer aku Mirko pun pasang lampu belakang komputer dia. Bagus kan kami. Jimat elektrik.

Mintak maap le bebanyak gambar tak berapa nk terang. Skang ni aku amek gambo pakai hanset je bab kamera aku da jahanam. Mirko suh pakai kamera dia, tp tu la jakun lagi la nk pakai kamera dia canggih sgt. Idak la aku reti, tgh nak belajar. Yela selama ni pakai kamera compact je kan. Kamera dia plak besar gedabak. Kekadang sakit tangan aku la. Berat siot....=)

Finally, malas la nak tag org lain. Rasanya sume org da dpt tag ni kot. Yela aku jer lembab buat tag kali ni.

posted under , | 4 Comments

4 darjah celcius

Harini cuaca amat sejuk sekali. Tak tahan wei... 4 darjah celcius. Sejuknyer... Untuk pengetahuan korang skang ni masih lagi dalam musim luruh. Musim sejuk belum tiba lagi. Musim sejuk nnt tak tau la brapa darjah celcius plak. 2 tahun lepas musim sejuk mencecah -3 darjah celcius.

Pagi2 selepas sarapan kami pergi ke Roma Termini. Termini ni kalau kat Malaysia macam KL Sentral la kan. Nak beli tiket bas, tiket keretapi sume kat sini. Tujuan kami ke sini sebab hari Selasa ni kami nak ke Milan. Mirko dapat jemputan untuk menghadiri majlis penganugerahan sempena pertandingan yang dia pernah sertai beberapa bulan lepas. Korang ingat tak aku pernah suruh korang mengundi dulu??? Tp tak tau lagi dia menang ke tak, keputusan akan diumumkan pada hari Selasa nanti.

Kali ni kami akan ke Milan ngan keretapi. Bukan apa skang ni da nak masuk musim sejuk. Setengah2 tempat mungkin dituruni salji. Kalau kami pergi ngan kereta kemungkinan besar kami akan tersangkut di jalan raya akibat salji.Untuk mengelakkan masalah ini kami pun amek keputusan untuk naik keretapi kali ini. =) Perjalanan dari Roma ke Milan akan mengambil masa lebih kurang 5 jam.

Jom beratur nak beli tiket....

posted under , , , | 9 Comments

kutip buah zaitun

N3 yang lepas citer pasal kutip buah anggur. Kali ni aku nak citer pasal kutip buah zaitun plak. Korang ingat tak aku penah citer pasal kisah kutip buah zaitun ni. Bulan November merupakan bulan untuk mengutip buah zaitun. My parents in law ada pokok zaitun kat depan umah derang. Jom kita tengok camana diorg kutip buah zaitun ni.










posted under , | 8 Comments

kutip buah anggur

Korang ingat lagi tak aku pernah citer pasal ladang anggur sebelah umah aku ni. Bulan September aritu musim orang kutip buah anggur. Aku lupa nak citer bab masa tu sibuk ngan parents aku nak balik Malaysia. Jom kita tengok org kutip buah anggur. Cam meriah jer kan. Aku dapat tangkap gambar dr jauh je.





camilla vs eva

Kalau korang nak tau aku ni mmg la pencinta alam sekitar. Hahahahhahah. Nak citer ada kucing yang selalu melepak depan kedai kitorang. Kedai kitorang??? My parents in law ada bukak kedai jual barang2 import export thn lepas. Dulu aku keje kejap kat situ. Tp skang aku tgh cr keje lain. Bosan arr keje kat situ. Amboi memilih la plak.

Berbalik pada kisah pencinta alam sekitar, kucing ni mmg selalu lepak kat depan kedai. Jinak lak tu. Kekadang dia masuk lepak2 dalam kedai, kalau orang datang dia pun kuar tunggu kat luar, bila org kuar dia masuk balik. Bijak sungguh binatang2 ciptaan tuhan ni kan.

Jom layan video2 ni. Meow....

muncul lagi

Nampaknya musim tag mengetag dan award sudah kembali. Banyak award2 dan tag2 dr blogger aku tak tempek kat blog aku ni. Mintak maaf la yer. Bukan tak sudi, tp banyak hal2 lain yang nak diuruskan. Tambah2 plak musim sejuk ni nak mengadap komputer pun segan jer... Sedap kalau dok dalam selimut sejuk2 ni kan. Hehehehheheheh.


Ni ole2 yang diberikan oleh @LiYaNNuaR Makacih jer.... Walaupun saya org perak tp pernah pi Menara condong ni sekali jer. Huuhuhuhuhuhu...



Ni plak award dr kak mieza... Tima kasih yer kak... Kak mieza ni baik tau even tak pernah bersemuka tp saya tau akak mmg seorang yang baik hati. Da tu pandai masak lak tu. Bebila leh la say nak bertandang umah akak pekena kari ayam ke kan.. Huh... Kecur air liur da ni... =)



Friendship award ni aku dapat dr Ladyell. Thanks yer kerana sudi bg award. Friendship forever. Dengan murah hatinya aku nk bg award ni kat sume yang slau singgah kat blog aku. Jangan ler segan silu nak amek award ni.



Tag ni lak aku dapat dr Rasp Kali ni bersemangat skit. Pas je dapat tag ni terus je letak kat blog tanpa berlengah2 lagi. Yela kalau tak bertimbun2 utang. Hehehehehhehehe..... kepada sesapa nak amek tag ni silakan la yer. Letak kat blog korang.

Lastly, thanks to all bloggers yang sudi memberikan award dan yang sudi menjejaklan kaki ke blog aku yang tak seberapa ni. Minggu ni kurang skit ler citer. Sejuk arrr.... Tu yang malas nk update blog. Huhuhuhuhuhuhuh

posted under , , | 3 Comments

musim tag bermula

Aku kene tag da... Dua org tag aku ni. Orang yang mengetag aku ialah Som dan Rasp. Apa yang derang suh aku buat? Jom kita tengok.

Law & Order!
1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right NOW!.
2) DON'T change your clothes, DON'T fix your hair...just take a picture.
3) Post that picture with NO editing.
4) Post these instruction with your picture.
5) Tag ur frens

Ha.. Gambo ni fresh lagi. Baru kuar dr oven. Aku berselubung ha, apa lagi kalau bukan sebab sejuk... Heater tak leh nak pasang selalu. Mana taknyer gas heater mahal la weh... Tahun lepas je hampir 2000 Euro dibelanjakan untuk gas heater. So untuk menjimatkan perbelanjaan, siang2 pakaila sweater.

Nak kene tag org la kan. Mesti tag mana leh tak tag. Mangsa keadaan adalah:
Farah Faizul
Fariha
Syima
Shahurin
Senorita Violet

Malas arr nak tag reramai. Sesapa yang nak buat tu silakan la yer...

posted under , | 11 Comments

back to normal


Hahahahahhaa... Mesti korang terkejutkan. Selepas aku tukar layout aritu blog aku tak berapa nak stabil. Bila aku bukak blog je layout aku ada masalah dan tetiba satu aritu aku terkejut napa layout aku da tuko kepada layout lain ... Ni mesti ada prob masa aku edit mengedit. Maklum la aku ni bukannya terrer sangat. Da tu tak de banyak masa nak membelek sana sini. Banyak urusan rumahtangga yang nak diuruskan. =)

So guys i'm back to normal.. Rama2 ku tetap menjadi pilihan. Tunggu la nnt aku tukor layout balik kalau aku ada masa. Ada sesapa nk sponsor aku kah. Hahahahahahha... Perasan la plak..

posted under | 3 Comments

orang seni

Mesti korang sume tau kan my husband seorang photografer. Dua tiga menjak ni dia lama tak amek gambar bab dia kata dia suka amek gambar kat Malaysia. Kat sini dia da amek banyak gambar da lagipun kat sini tak de lampu neon yang cantik dan berwarna warni cam kat Msia. Kat Italy ni konsepnyer lain. Maklumla negara penuh ngan sejarah dan mereka masih mengekalkan keantikan negara mereka tanpa mencampur adukkan bangunan2 antik ngan bagunan2 moden.

Oleh yang demikian En. Mirko kita menghabiskan masa lapangnyer dengan membuat aktiviti2 seni. Maklumla orang seni la katakan. Tp aku ni bab seni memang la fail. Dulu kat sekolah pun bila matapelajaran pendidikan seni mula la aku liat nak buat. Tak suka la...

Berbalik pada suami aku yang berseni ni. Dia mula membuat lukisan ni beberapa hari yang lepas. Saje2 je menghabiskan masa. Bukan untuk jual pun. Ada ke orang nk beli kalau nk jual. Dia kata proses membuat lukisan ni selalunya mengambil masa yang lama sebab nak kene tunggu cat kering dulu untuk mengecat warna yang seterusnya. Sesetengah lukisan mengambil masa beberapa hari, ada juga perlukan seminggu, atau sebulan untuk selesai. Jom tengok En. Mirko mengecat. Tu dia kata tak abis lagi tu. Bila nak abis aku pun tak tau. Layan je la...





posted under | 9 Comments

hujan batu di negeri orang

Minggu ni cuaca makin sejuk dan boleh dikatakan hari2 hujan dengan lebatnya. Angin pulak bertiup kencang. Boleh dikatakan sana sini ada pokok tumbang kesan tiupan angin yang kuat. Semalam seorang budak lelaki berusia 10tahun mati dihimpap pokok ketika bermain dengan kawan2 yang lain. Pokok itu dikatakan tidak stabil setelah beberapa hari hujan dan juga angin kuat.

Video kat bawah ni aku amek semalam semasa kitorang singgah sekejap untuk minum kopi. Elok jer nak kuar hujan lebat yang amat. Siap ada batu2 kecil lagi. Tu la namanya hujan batu. Dalam video ni tak nampak sangat kot. Papepun cubala korang perhatikan betul2. Nampak ketulan2 batu kecil.

Untuk pengetahuan korang video ni diambil lebih kurang jam 5 petang. Tapi tengokla da gelap. Sekarang ni musim luruh, siang amat pendek. Jam 5 petang da mula gelap. Tak lama lg Maghrib kul 4.40 petang. Bayangkanla kul 4 da gelap. Tp tak best arr... Da ler gelap sejuk lak tu. Apa2 pun aku mengambil kesempatan pada musim ni untuk ganti pose. So tak penat sangat. Kalau kat Msia tak de pilihan kan? Alhamdullillah aku kat sini boleh pilih time nak ganti pose. Kalau korang nak leh la dtg sini skang...

p/s: angin yang kuat telah pun mematahkan pokok cabai aku. huhuhuhuh. Nanti aku amek gambo tunjuk kat korang yer

posted under , , | 8 Comments

hari semakin sejuk

Memandangkan cuaca minggu ni semakin sejuk dan aku tidak berminat langsung untuk keluar rumah, aku pun apa lagi keje mengadap komputer la kan. Oleh yang demikian aku pun merajinkan la diri untuk menukar baju untuk blog aku ni. Apa pendapat korang???
Anyway proses menukar baju ni masih lagi under construction. Sekiranya korang ada cadangan atau pandangan jangan la segan silu untuk memberikan pendapat. Pendapat anda semua amatla dihargai. Rerajinla singgah yer korang. =)

posted under | 7 Comments

bunga musim luruh

Sejak dua menjak ni berminat plak nak bercucuk tanam. Mula2 dulu mengerjakan kebun. Skang ni sementara menunggu kebun membuahkan hasilnya rajin la plak nak menanam pokok bunga. Aku pun pelik sejak bila plak la minat bercucuk tanam ni??? Actually aku mula berminat bercucuk tanam setelah melihat hasil titik peluh kita bila berbakti pada tanah.

Owh.. Alkisahnya dua tiga ari yang lepas aku beli biji benih pokok bunga tulip. Pokok ni amat sesuai untuk ditanam pada musim luruh. Bunga ni berbunga pada musim sejuk saje. Bila tiba musim panas dia akan mati, tp bila tiba musim luruh dan musim sejuk pada tahun hadapan dia akan berbunga balik.

Ni la dia biji benih pokok bunga tulip. Rupanya lebih kurang cam bawang besar

Ni gambar pokok bunga tulip yang aku beli. Warna dia actually warna purple. Tp dalam gambar da jd kaler merah pun ada bab kene cahaya lampu da.... Nanti pokok bunga aku da berbunga aku tunjuk la yer kat korang. Bila nak berbunga ha? Aku pun tak tau. Bulan depan kot. Just wait and see....

sehari di bulan ramadhan

Gambar ni da lama da aku amek. Cuma asyik lupa jer nak tunjuk kat korang semua. Gambar ni aku amek masa bulan puasa aritu. Masa tu kan musim nak bertukar dari musim panas ke musim luruh. So cuaca tak menentu masa tu. Kadang2 hujan, kadang2 cerah. Kadang2 cerah pun hujan gak tetiba.

Satu hari di bulan puasa aku teman mak aku gi Tivoli bab nak amek barang yang derang pesan. Bandar Tivoli ni atas bukit. Dari bandar ni boleh nampak pemandangan kawasan2 perkampungan di bawah bukit tersebut. Hari tu cuaca kat bandar Tivoli cerah tp boleh nampak awan hitam yang berada di kawasan lain dr atas bukit tu.

Korang tengok la gambar ni. Nampak macam obor2 pun ada kan. Tu adalah air hujan. Tp kat Tivoli tak hujan pun. Tempat lain yang hujan. Tak banyak gambar dpt aku amek. Kamera wat hal la plak aritu.





posted under , , | 8 Comments
Newer Posts Older Posts Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥




Blogger of The Month