bunga tulipku

Pada sesapa yang da lama mengikut perkembangan blog aku ni mesti ingat aku pernah cerita pasal bunga musim luruh ni kan??? Pada pagi ahad aritu baru aku perasan yang bunga aku da membesar. Maklum la musim sejuk ni aku jarang kuar rumah. Kuar gi kerja pastu balik dok dalam umah jer. Tambah2 plak musim sejuk ari cepat jer gelap so lagi la tak perasan bunga aku yang aku tanam dulu da menampakkan dirinya...

Pagi2 ahad aritu aku terkejut giller bila nampak pokok2 bunga tulip yang aku tanam ni da berbunga dengan cantiknya. Sungguh tak kusangka menjadi gak tangan aku tanam pokok yek. Maklum la sebelum ni mana pernah main tanam pokok bunga ni. =)




Kalau korang perasan kat tengah2 tu tak de pokok. Sebenarnya sebelum ni ada pokok bunga lain kat situ, cumanya masa musim sejuk aritu bunga tu layu dan mati bab tak tahan sejuk. Berlainan plak ngan pokok bunga tulip ni yang terus membiak ngan baiknya kerana dia tahan ngan suhu yang sejuk. Sebab tu la pokok bunga tulip ni biasanya ditanam pada awal musin luruh dan akan mengeluarkan bunganya bila tibanya musim bunga.....






p/s: merasa sungguh bangga dengan diri sendiri. =)

tag again

Aku kene tembak bertubi2 ngan tag sejak akhir2 ni. Aduh... aku ni plak mmg 'rajin' sesangat wat tag. Kalau ada tag korang yang aku tak wat tu mintak maap ler bebanyak. Tambah2 lak tag yang panjang berjela tu mmg la aku wat2 tak nampak. Padahal nama aku kene senarai. Hahahahahaha... Ampun...

Tag yang senang2 tu aku bersemangat la skit nak wat. =) Kali ni aku kene tag dengan Incik Saiful dan Hakue eryn. Kali ni aku jawab tag korang. Hakue eryn.. bertubi2 ko tembak aku ngan tag yek. Aku wat yang ni da ler. Wat syarat. Yang lelain tu kira halal la yer.. =) Jom tgk apa yang derang suh aku wat kali ni.


1.Letakkan gambar profile anda




2.Terangkan apa maksud gambar itu?

Tak de apa2 maksud pun. Atau dalam erti kata lain, tak de maknanya!!! Cuma gambo ni aku amek masa musim panas thn lepas.

3.Kenapa pilih atau letak gambar itu?

Sebabnya aku da penat mencari gambo mana nak letak. Last2 aku letak jer la yang ni. Tp Mirko kata gambo ni tak cantik. Dia suh aku tukar gambo lain cumanya aku malas nak cari gambo lain. Tunggu la bila aku rajin aku tuko la yer...

4.Tag 5 lagi blogger

Mmm... sapa la mangsa seterusnya...???


- ujicham

- fariha

-sweetdarling

- izakarmila

Jawab la yer korang kalau korang rajin. Kalau tak mau jawab pun tak pa aku paham bab aku pun kekadang tu ngelat gak tak wat tag. Hahahahahahaha

posted under , , | 10 Comments

telur lagi

Hari Jumaat aritu aku kuar keje awal. Mirko amek aku then dia ajak pi pekena kopi jap.Harus la kan petang2 minum kopi. Kali ni tukar angin lak. Gi minum kopi kat shopping complex. Jauhnya nak pi pekena kopi.


Aku da pernah cerita pasal shopping complex ni. Masa kat dalam shopping complex ni kat tingkat atas tu aku dok nmpk ramai bebenor org dok tangkap gambo... Rupa2nya derang tangkap gambor telur da.. Sempena Esater ni sana sini ada derang letak telur sebagai perhiasan.... =)

nampak tak

Korang nampak tak bakul putih tu. Bakul tu my mum in law guna untuk letak baju2 dia yang masih belum iron. My mum in law cerita pas abis jer dia seterika baju sume, last2 bakul tu dipenuhi oleh menatang lain plak. Apakah dia???

Nampak tak????

Tak nampak?? Cuba fokus betul2...


Eva... Eva... dia telah menjadikan bakul tu sebagai tempat tidur baru dia la plak... Nasib baik tuan ko sayang kat ko. Dia terus bg bakul isi kain baju dia kat ko untuk tdo. Kalau aku la tuan bakul tu mmg ko kene halau. Aku nk campak mana baju2 aku pasni. =)

aku pelik

Kalau korang sume nak tau org2 italy suka sgt makan isi buah kelapa macam dalam gambar di bawah ni.... Ni kawan sepejabat aku la bawak bekal pi keje. Mirko pun suka sgt makan isi kelapa cenggini. Bila tiba musim panas banyak jer org jual isi2 kelapa cenggini di tepi2 jalan.



Aku pelik la weh. Korang pelik tak? Bukan apa aku ingt masa kecik2 dulu, aku kekadang selalu gak curik isi kelapa ni sebelum mak aku nak perah wat santan. Tp mak aku selalu marah. Org dolu2 kata tak elok makan isi kelapa ni camni. Nanti banyak cacing dalam perut. Entah betul ke tak aku pun tak tau. Ntah2 derang marah makan camni bukan apa, kalau tak, tak banyak la santan yang dapat kan. =)

posted under , | 16 Comments

easter is coming




Tak lama lagi org2 italy akan merayakan perayaan Easter. Aku pun tak tau perayaan ni sempena apa. Tp yang aku tau pada pagi easter day diorang sarapan makan telur rebus dan minum hot coklat. =)

Skang ni dimana2 ada jual coklat berbentuk telur. Bukan kecik2 coklatnyer. Besar ok. Dalam coklat berbentuk telur ni selalunya ada hadiah. Hadiah ni selalunya untuk budak2.


Telur yang besar ni plak kat bar derang wat cabutan bertuah. Sapa menang dpt coklat ni. Ada apa kat dalam tu yek. Aku pun tak tau.. =)

posted under , | 14 Comments

laksa johor

Aritu masuk blog Ladyell dia ada bagi resepi Laksa Johor. Tengok kat blog dia mmg la terliur. Aku mmg penggemar laksa. Kalau nak makan kene la masak sendiri kan... Aku selalu wat laksa penang, laksa Johor tak pernah wat lagi.

Memandangkan resepi da ada apa kata kita cuba buat. First time buat laksa johor ni, last2 kira menjadi la jugak. Aku makan sedap je. Sampai tambah 3 kali. Hahahahahahaha... Ni la namanya sendiri masak, sendiri makan.



Memandangkan suami aku tak suka makan laksa, terpaksa la aku masak nasi untuk dia. Dia tak suka makan laksa bab dia kata bau busuk. Tu nasib baik aku tak letak belacan. Mana nak cari belacan kat sini. Kalau aku letak belacan aku rasa mau pengsan Mirko. Hahahahahhahaahahah....






Muka orang tgh lapo. Da dkt kul 9.00 baru nak makan. =)

primavera - spring



Musim bunga telah tiba!!!!! 21 March merupakan hari pertama musim bunga @ primavera dalam bahasa italy. Tp pokok2 kat tepi2 jalan masih lagi gondol. =)

posted under , | 14 Comments

let's pizza

Macam biasa la ujung minggu, out for dinner. Jom order pizza lama tak makan pizza. =)

Mirko malu nk tgk kamera. Maklumla photographer yang tak suka gambarnya di ambil. Dia hanya suka tangkap gambar

Macam biasala saiz pizza kat sini jgn taktau. Dan macam biasa la jugak aku mmg tak boleh nak abiskan sorang2. Kali ni aku order pizza margherita (cheese dan tomato) dan juga mushroom @ funghi dalam bahasa italynya.

Da abis makan apa lg order desert la plak. Seperti yang aku selalu cakap makanan italy ni penuh ngan cream. Ni namanya crepes ngan nutella (coklat) yang dipenuhi whipped cream @ panna dalam bahasa italynya. Yang ni aku leh abiskan sorang2. Mmm.....Sedap hingga menjilat jari. Camanala kilo tak naik..... =)

posted under | 17 Comments

promote skit

Kali aku saja nak promote skit adik perempuan aku yang mula menjinak2kan dirinya yang liar dalam dunia blog ni. Maybe ada yang da kenal sapakah adik aku kan.

Namanya Shakirah nama glamer shasha. Nama tak glamer tak leh bgtau nnt aku kene bunuh ngan dia. Hahahahahahah. Dia still lg belajar kat UiTM Shah Alam. Sesapa yang nak berkenalan leh la ke blog dia. Oh.. Dia masih singolo.... =)





traffic in rome

Rome mmg terkenal dengan traffic jammed. Selalu sgt jammed kat mana2 jalan pun. Tak dpt nak dielakkan. Aku rasa derang kene buat kempen berkongsi kereta macam yang pernah dibuat kat Msia satu ketika dulu. So kurang la skit jumlah kereta kat jalan raya kan?






p/s: 22 March ada larian marathon kat rome. Sepanjang2 jalan di kawasan colloseum ni akan ditutup sempena marathon esok. Aku rasa kalau Som ada kat sini mesti dia join. Tol tak Som???

it's so touching

Video ni telah berjaya membuatkan aku menangis. Biasala kan aku da kata aku ni sensitip orangnya... Sila layan video ni. Bagitau kat aku sapa yang menangis means sentitip macam aku atau sapa yang tak de perasaan... =)

p/s: aku suh Mirko tgk video ni. Last2 dia pun teriak (menangis) jugak. Maklumla dia lagi sensitip dr aku. =)

sila perhatikan


Sila lihat gambar di atas betul2. Klik dekat gambar untuk lihat dengan lebih jelas. Sila pandang dalam2.

Pagi tadi masa suami aku berhenti kat stesyen minyak untuk isi minyak, aku perhatikan pokok bunga ni. Sekali pandang cantik sungguh pokok bunga ni. Dua kali pandang, ish cam ada yang tak kene jer ngan pokok bunga ni. Tiga kali pandang rupa2nya pokok bunga plastik daaa...... Aku mmg selalu tertipu la bunga plastik kat sini. Bunga plastik diorang sume nampak real. Aku selalu konpius.

Bukan setakar bunga jer. Beberapa bulan lepas aku nampak diorang jual buah tomato yang da busuk. Konpius lak aku asal derang jual tomato yang busuk. Rupa2nya tomato tu tomato plastik. Tp lembik so nampak cam real. Dasyat la diorang ni dalam bidang mereka cipta. =)

p/s: apa faedahnya jual tomato busuk yek? ntah aku pun tak paham....

winner of 8 oscars

Kalau korang ingat aku pernah citer pasal citer Slumdog Millionare sebelum ni. Aku tgk citer ni kat wayang Bulan Januari aritu. 2 minggu lepas aku tgk lagi citer ni kat umah. Aku suka sgt2 citer ni. Soundtrack dia pun best2. Yang nak tergelak tu suami aku yang sebelum ni tak pernah2 dgr lagu hindustan pun leh terminat kat soundtrack citer ni. Hahahahahahaha

Citer ni best sgt. Banyak mengajar erti kehidupan. Memandangkan aku ni sensitip orangnya certain2 part tu aku agak sensitip dan mula la nak berair bijik mata ni. =) Mmg patut pun citer ni menang 8 award. Tp aku konpius la.. citer ni tak kuar ke kat Msia? Awat la member aku sorang ni susah sgt nak jumpa citer Slumdog Millionare ni. Apa2pun sila la layan video klip citer ni ok. Aku suka sgt video klip Latika Theme tu.

p/s: aku suka la Latika dalam citer ni. Dia sgt cantik... =)

musim buah


Musim buah strawberry sudah tiba. Di mana2 pun leh jumpa buah strawberry dengan harga yang murah. Aku semalam pi supermarket nampak buah strawberry sungguh menggoda sekali. Harganya Euro 1.50 sekotak= RM 7.00. Aku pun sambar la satu kotak.

Pas makan malam dengan tak sabar2 nya aku nak merasmikan buah strawberry ni, tp malangnya nampak jer cantik dan segar bugar tp masam la weh.... Ke aku yang tak pandai pilih? Minggu lepas my mum in law pilih manis sedap je... =)

Selalunya org italy makan buah strawberry potong kecil2 perah air lemon, bubuh gula skit then letak whipped cream di atasnya. Mak aih sungguh sedap hingga menjilat jari. Kan aku da kata Italian food ni mmg menggemukkan. Cream di sana sini. =)

di pagi ahad

Cuaca skang semakin bagus dan matahari pun mula menunjukkan dirinya. Yela sebelum ni asyik ujan dan mendung je. Sejuk memanjang. Memandangkan cuaca baik kami pun mengambil keputusan untuk berjalan2 sambil makan angin di pantai.

Tp pantai kat sini tak best sgt. Aku suka lg pantai Teluk Batik dekat ngan umah aku. Huhuhuhuhuhuhuhu. Pantai org italy gondol la. Tak de pokok kelapa atau pokok2 lain yang boleh berteduh. Hanya ada pantai dan pasir putih je. Pantai kat sini kalau musim sejuk mmg la tak de org. Tp kalau tiba musim panas pantai da tak nampak pasir da, sume penuh je ngan org yang terlentang berjemur untuk hitamkan kulit. Orang italy suka kalau kulit derang hitam. Terbalik dr org Msia yang nak berkulit putih. Pada orang italy lagi hitam kulit lagi lawa. Huhuhuhuhuhu...



Area pantai ni penuh dengan bot2 nelayan.

Hari minggu siap ada market lg kat belakang tu.

Muka kami harus la ada kan. Hahahhahahahah

Ada jugak org menunggang kuda di hujung2 minggu ni kat pantai. Pakcik naik kuda.... Tompang boleh????

addicted to handbag

Kali nak cerita pasal adiah sempena anniversary minggu lepas. Sorry la lambat plak nak story morry pasal adiah ni. Minggu lepas bz skit. Bz wat apa?? Nnt la aku citer yek.

Sempena anniversary kitorang minggu lepas Mirko belikan aku handbag and purse. Aku mmg giler handbag. Aku suka beli then kumpul buat pekasam. Nak pakai sayang lak rasanya. Sebenarnya minggu sebelum tu aku da beli 2 hangbag da. Tp memandangkan koleksi handbag musim bunga kali ni sume lawa2 dan aku jadi rambang mata, sume bag aku nak. Hahahahahahah. Tu yang aku mintak handbag lg masa anniversary aritu.


Psal adiah Mirko lak mmg la jenuh aku perah kapala otak apa aku nak beli. Memandangkan suami aku ni photografer sume barang2 yang dia perlukan mmg la mahal2. Tak mampu la plak aku nak belikan. Huhuhuhuhuhu... Mula2 aku pikir:

- nak beli tie : Mirko bukan jenis yang suka pakai tie

- nak beli dompet: masa birthday dia thn lepas aku da belikan dia dompet. Siap 2 lagi ha aku beli

- nak beli perfume: masa krismas tahun lepas aku bg adiah perfume da kat dia

- nak beli jam tangan: Mirko tak suka pakai jam. Jam tangan dia baru beli tahun lepas tp last2 tak pakai pun

- nak beli alat2 photography - aku lak yang tak mampu. mahai bebenor... tambah plak dia ni mana main kamera cikai2. alat2 photograpy dia sume yang professional.

- nak beli handphone - Mirko kata tak payah bab hp dia masih lagi dalam kategori baru.

Last2 aku pikir nak belikan jugak dia hp baru. Masa kitorang kuar sesama minggu lepas aku jenuh gak la aku nak mempengaruhi Mirko suruh tuko hp baru. Lama jugak la kitorang kat kedai handpohone tu. Kejap nak kejap tak nak. Last2 berjaya jugak aku mempengaruhi dia selepas berpuluh2 kedai handphone kitorang masuk. =)

p/s: kitorang kalau nak beli adiah mmg selalu pergi beli sesama. =) Yela kang buat lak tersalah pilih atau kita pilih dia tak suka plak camana nak buat kan???

posted under , | 8 Comments
Newer Posts Older Posts Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥




Blogger of The Month